......PENGARAH KMM......

     

     PN.HJH.RUSILAH BT. JAIS

Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu (klik gambar)

 Sila klik gambar untuk maklumat lanjut

Bahagian Matrikulasi KPM: 
Tahniah!Anda ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM. Layari matrikulasi.moe.gov.my sebelum 9 Julai 2020 atau hubungi 0388844036. Pelajar-pelajar yg masih belum menerima surat tawaran, bolehlah berbuat demikian seperti maklumat terkini yg diberikan oleh pihak BMKPM

 

PENDAFTARAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI 2020/2021 SECARA ATAS TALIAN

Perhatian kepada pelajar baharu Kolej Matrikulasi Melaka Sesi 2020/2021

1. Pendaftaran online akan bermula daripada jam 12.00 tengah hari 29 Jun 2020 sehingga jam 12.00 tengah hari 10 Julai 2020.

2. Sila membuat pembayaran yuran di mana-mana kaunter BSN sebelum mendaftar.

3. Bagi pelajar yang memohon rayuan pertukaran kolej, jangan mendaftar dan membayar yuran terlebih dahulu sehingga keputusan rayuan diperolehi pada 6 Julai 2020.

4. Untuk membuat pendaftaran online, sila klik pautan berikut:
http://mis.kmm.matrik.edu.my/online

5. Perkara perlu di sediakan sebelum mendaftar online adalah:

i. Gambar pelajar - ikut contoh


ii. No. Slip Bank Bayaran Yuran di BSN
iii. No. Akaun Bank Rakyat pelajar (akaun individu bukan akaun bersama)
iv. No. Telefon Ibu / Bapa
v. No. Telefon Bimbit Pelajar

 


 

Panduan Lengkap Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2020/2021

PANDUAN LENGKAP
PENDAFTARAN PELAJAR

(Wajib Muat Turun

TINDAKAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN 

1. MUAT TURUN DOKUMEN BAHAGIAN MATRIKULASI KPM

Memuat turun dokumen dan mencetak daripada laman sesawang BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  https://matrikulasi.moe.gov.my iaitu ;

    1. Surat Tawaran (Sila cetak)
    2. Panduan Pendaftaran Pelajar SDS/SES 
    3. Panduan Mengisi Borang Perjanjian 
    4. Borang Perjanjian Pelajar PPM/BM.1/99-Pin-3 (Sila Cetak 2 Salinan)
    5. Dokumen Peribadi Pelajar (Sila Cetak)
    6.  Maklumat Pelajar (Sila Cetak)
    7. Akuan Persetujuan Ibu/Bapa (Sila Cetak)
    8.  Pengakuan Bebas Dadah (Sila Cetak)
    9.  Lampiran Surat Beranak & Kad Pengenalan (Sila Cetak)
    10.  Borang Pendapatan (Sila Cetak)
    11. Akuan Pengesahan Pendapatan (Sila Cetak)
    12. Borang Elaun Murid Khas (Sila Cetak Jika Anda Pelajar OKU)
    13. Buku Peraturan Pelajar BMKPM
    14. Soalan Lazim
    15. Borang Senarai Semak Dokumen (Sila Cetak)  

2. MUAT TURUN DOKUMEN KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Memuat turun dokumen dan mencetak  daripada laman sesawang KOLEJ MATRIKULASI MELAKA iaitu ;

    1. Panduan Lengkap Pendaftaran Pelajar (Wajib Muat Turun)
    2. Borang KMM 01 (Tampal salinan slip bayaran BSN & No Akaun Bank Rakyat) – Sila cetak
    3. Carta Alir Pendaftaran (Sila cetak
    4. Pelan Lalulintas Pendaftaran (Sila cetak
    5. Borang Biodata Pelajar (AS 01/2015) – Sila cetak
    6. Borang Penerimaan Kelengkapan Bilik Pelajar (AS 02/2015) – Sila cetak
    7. Senarai semak (Sila cetak)
      ** Muat Turun Semua Dokumen Diatas (1-7) - muat turun 

3. PEMBAYARAN YURAN

A. Bawa surat tawaran yang telah dimuat turun dan dicetak ke mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

B. Bayar yuran Pendaftaran hanya secara “bank in”di mana-mana kaunter  cawangan Bank Simpanan Nasional atas nama  : KOLEJ MATRIKULASI MELAKA di nombor akaun :  0410029000361946  mengikut jumlah yang telah ditetapkan seperti berikut :-

BIL

JURUSAN

JUMLAH 

1

 JURUSAN SAINS SESI 2020/2021
 SISTEM DUA SEMESTER (SDS) &
 SISTEM EMPAT SEMESTER (SES)

 

RM 599.60

2

 JURUSAN PERAKAUNAN SESI 2020/2021

RM 546.60

3

 TAHUN KEDUA JURUSAN SAINS SESI 2020/2021
 SISTEM EMPAT SEMESTER (SES)

RM 396.60

4

 PELAJAR MENGULANG (SDS) SESI 2020/2021

RM 396.60


C. Sila simpan slip pembayaran BSN yang asal.

D. Buat beberapa salinan slip pembayaran BSN untuk tujuan ditampal di Borang KMM01 dan untuk simpanan pelajar.

E. TIDAK DIBENARKAN membayar yuran melalui mesin ATM/ Mesin Deposit/ pemindahan secara atas talian (Online Transfer) 

4. PENDAFTARAN ONLINE & MEMUAT NAIK GAMBAR

A. Membuat pendaftaran secara Online melalui Laman Sesawang BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 
Pendaftaran online boleh dibuat di http://mis.kmm.matrik.edu.my/online

Pelajar Ambilan 1 : bermula 29 Jun 2020 sehingga 10 Julai 2020.
Pelajar Rayuan     : bermula 15 Julai 2020 sehingga 24 Julai 2020

B. Memuat naik gambar formal berwarna berukuran passport semasa membuat pendaftaran secara online

C. Gambar swafoto (Selfie) TIDAK DIBENARKAN

5. BUKA AKAUN BANK RAKYAT BAGI TUJUAN BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR (BSHP) JIKA LAYAK

A. Membuka akaun di Bank Rakyat bagi tujuan BSHP bagi pelajar yang layak jika belum mempunyai akaun Bank Rakyat.

B. Pastikan akaun Bank Rakyat adalah AKTIF dan BUKAN AKAUN BERSAMA.

C. Tampal salinan muka depan dokumen/slip yang tertera no. akaun Bank Rakyat di Borang KMM01 (boleh dimuat turun daripada laman sesawang KMM www.kmm.matrik.edu.my

D. Buat beberapa salinan untuk tujuan simpanan pelajar.

6. BORANG PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR

A. Mencetak 2 set Borang Perjanjian daripada Laman Sesawang Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. https://matrikulasi.moe.gov.my 

B. Melengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Matrikulasi.

C. Sila semak panduan mengisi borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar dan telah dimuat turun daripada Laman Sesawang Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. https://matrikulasi.moe.gov.my ATAU daripada laman sesawang KMM www.kmm.matrik.edu.my

C. Membeli setem hasil RM10.00 x 2 keping di pejabat Pos atau LHDN.

D. Mematikan setem hasil di cawangan pejabat LHDN berdekatan/di Kolej Matrikulasi Melaka semasa minggu suaikenal pelajar baharu.

7. INSTALL APLIKASI TELEGRAM

A. Pihak Kolej Matrikulasi Melaka telah menyediakan satu medium penyampaian maklumat rasmi kepada ibubapa dan pelajar.

B. Medium ini bertujuan untuk membolehkan ibubapa dan pelajar mendapat maklumat dari pihak kolej secara terus dan mudah seperti maklumat tentang hari pendaftaran pelajar, takwim kolej, aktiviti pelajar, tarikh peperiksaan, peraturan kolej dan sebagainya.

C. Sila ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi tersebut:-
    - Install aplikasi Telegram dalam telefon pintar
    - Cari Channel "Pendaftaran KMM 2020/2021" 
   
- Klik "Join"
    -Selesai

8. BANTUAN ZAKAT (JIKA ADA)

         Sila serahkan 1 salinan surat daripada pejabat zakat sebagai bukti penerima zakat

9. ELAUN MURID KHAS (EMK) 

        Sila buat satu salinan dokumen berikut :-

             -    Kad OKU
             -    Salinan Kad Pengenalan
             -    Salinan no akaun yang aktif

       Serahkan kepada pihak HEP (waktu pejabat)

 

TINDAKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

 

1. ARAHAN UMUM

-      Sila patuhi Jadual Tarikh Pendaftaran Pelajar yang dikeluarkan oleh pihak KMM.

       Sila berikan kerjasama dengan mematuhi perkara-perkara berikut :

  • Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak KMM
  • Pelan lalulintas semasa hari pendaftaran
  • Blok asrama adalah muktamad

2. ETIKA PAKAIAN PELAJAR SEMASA HARI PENDAFTARAN

 

Bahagian Matrikulasi KPM:
Tahniah!Anda ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM.Layari matrikulasi.moe.gov.my sebelum 9 Julai 2020 atau hubungi 0388844036.

Pelajar-pelajar yg masih belum menerima surat tawaran, bolehlah berbuat demikian seperti maklumat terkini yg diberikan oleh pihak BMKPM.

 

 

-Tamat-


 


 

Tawaran Kemasukan Pelajar Ke Program Matrikulasi KPM bagi Sesi 2020/2021

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di Kolej Matrikulasi Melaka.

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan proses pendaftaran, mohon semua pelajar untuk menyertai Channel di Applikasi Telegram "Pendaftaran KMM 2020/2021" disini.

 "Pendaftaran KMM 2020/2021"

 


 

.................PENGUMUMAN................

Bahagian Matrikulasi KPM:
Tahniah!Anda ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM.Layari matrikulasi.moe.gov.my sebelum 9 Julai 2020 atau hubungi 0388844036.

Pelajar-pelajar yg masih belum menerima surat tawaran, bolehlah berbuat demikian seperti maklumat terkini yg diberikan oleh pihak BMKPM

............SISTEM BERSEPADU..........

........................E-MAIL.......................

.............MATRIX PROGRAM...........

......................HRMIS 2.0...................

.............PERPUSTAKAAN .............

..........KOLEJ MATRIKULASI..........

   

   

   

      

Joomla templates distributed by JoomlaShine