Tafsiran Logo

Bentuk am

Gabungan dua asas reka bentuk iaitu biformik dan geometri menunjukkan gabungan pendidikan informal dan formal, keseluruhannya juga mewakili keseimbangan antara rohani dan jasmani.

Lukisan secara blok heksagon KMM (huruf K dan M) menunjukkan kekukuhan dan kestabilan Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat pengajian matrikulasi dan seterusnya merupakan moto kolej iaitu "Karisma, Maju, Mulia".

Gabungan dua simbol dinamik menunjukkan suatu pergerakan yang berterusan dan membentuk suatu yang global. Ia bersesuaian dengan visi untuk mencapai pengiktirafan dunia.

Lukisan simbol yang bersentuhan menunjukkan komitmen dan kerjasama antara warga kolej untuk mencapai kejayaan.

 

Tulisan KMM yang mengarah ke hadapan dan ke atas menunjukkan keazaman kolej mencapai matlamat. Manakala huruf berbentuk geometri, melambangkan sains dan teknologi yang berterusan.

Warna

 

  1. BIRU - Kesepaduan ilmu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  2. HIJAU - Melambangkan universal, kesejahteraan dan keislaman.
  3. KUNING - Menekankan budaya ilmu dan keutuhan pendidikan yang menjadi teras visi dan misi kolej.
  4. PUTIH - Melambangkan kemuliaan dan kemurnian

............SISTEM BERSEPADU..........

........................E-MAIL.......................

.............MATRIX PROGRAM...........

......................HRMIS 2.0...................

.............PERPUSTAKAAN .............

..........KOLEJ MATRIKULASI..........

   

   

   

      

Joomla templates distributed by JoomlaShine