PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KMM SESI 2024/2025

Sila klik untuk maklumat lanjut

 

Calon Jaya Program Matrikulasi
 
Tahniah kepada calon jaya Program Matrikulasi Sesi 2024/2025 yang telah mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Melaka!
 
Selamat datang diucapkan. Kedatangan anda sebagai sebahagian ahli keluarga Kolej Matrikulasi Melaka amatlah dinantikan.
 
Sukacita diingatkan, pelajar yang berjaya hendaklah mendaftar secara dalam talian mulai 20 hingga 30 Jun 2024. Pendaftaran secara fizikal di KMM pula akan berlangsung antara 30 Jun atau 1 Julai 2024.
 
Calon Jaya KMM juga dijemput untuk menyertai Telegram Channel Info Rasmi Pelajar KMM 2024/2025. Channel ini merupakan saluran rasmi untuk penyampaian maklumat kepada para pelajar dan waris Sesi 2024/2025.
 
Bagi calon yang tidak berjaya, usah khuatir. Anda boleh membuat rayuan kemasukan secara dalam talian di laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my bermula 20 hingga 30 Jun 2024. Keputusan rayuan akan diumumkan pada 5 Julai 2024.
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-88844083 atau emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 
Pengalaman menarik menanti anda di KMM! Jumpa di sana!!!
 

 


 

............SISTEM BERSEPADU..........

........................E-MAIL.......................

.............MATRIX PROGRAM...........

......................HRMIS 2.0...................

.............PERPUSTAKAAN .............

..........KOLEJ MATRIKULASI..........

   

   

   

      

.

Joomla templates distributed by JoomlaShine