Visi dan Misi

VISI

Kolej Matrikulasi Melaka sebagai penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains , teknologi dan profesional menjelang 2020.

MISI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Sejarah

Kolej Matrikulasi Melaka adalah Kolej Matrikulasi yang pertama dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya di bawah pentadbiran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang Masjid Tanah Alor Gajah Melaka telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Seramai 61orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut. Pengambilan pelajar perintis sessi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999.Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Terdapat Tiga Jabatan Akademik yang menguruskan hal ehwal akademik di Kolej. Jabatan tersebut ialah Jabatan Matematik, Jabatan Sains dan Jabatan Sastera Ikhtisas. Bagi menguruskan hal ehwal pelajar, satu jabatan baru diwujudkan bermula tahun 2007 iaitu Jabatan Pengurusan Pelajar. Di bawah jabatan ini terdapat Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Pelajar.

Program Matrikulasi yang dikendalikan oleh Kolej Matrikulasi Melaka adalah Program Matrikulasi Sains dan Program Matrikulasi Perakaunan. Jangkamasa program ini adalah selama satu tahun atau dua semester. Pengambilan program ini adalah pada bulan Mei setiap tahun. Kolej Matrikulasi Melaka juga mengendalikan Program Matrikulasi Sains Dua Tahun. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti program satu tahun.

AJK

ajk KARISMA 5

Laman 44 of 45

............SISTEM BERSEPADU..........

........................E-MAIL.......................

.............MATRIX PROGRAM...........

......................HRMIS 2.0...................

.............PERPUSTAKAAN .............

..........KOLEJ MATRIKULASI..........

Joomla templates distributed by JoomlaShine