Artikel

Perutusan Pengarah

KATA ALU-ALUAN @ SEKAPUR SIRIH

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh, Salam 1Malaysia, Salam Sejahtera dan Salam Karisma Maju Mulia.

Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Matrikulasi Melaka. Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berkongsi patah bicara di laman web rasmi Kolej Matrikulasi Melaka ini. Kewujudan laman web ini  menjadi ruang untuk berkolaborasi dan  satu saluran penyebar maklumat strategik KMM kepada para pengunjung amnya dan warga Kolej Matrikulasi Melaka khususnya

Portal KMM ini diharapkan mampu menjadi pintu gerbang dan entiti bagi memenuhi Visi dan Misi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa kini, cabaran globalisasi pendidikan tertiari yang semakin rumit dan kompleks sifatnya menuntut semua pihak untuk saling bekerja sama menerusi penjanaan sumber manusia demi memastikan proses keberhasilan pengajaran dan proses kemenjadian pelajar menjadi kenyataan.

Adalah diharapkan, kita dapat memposisikan KMM dalam wilayah Program Matrikulasi KPM menerusi pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang.  Portal ini merupakan manifestasi bahawa pihak kolej sentiasa komited dalam menguruskan Program Matrikulasi KPM demi menjayakan transformasi pendidikan yang terkandung dalam PPPM 2013-2015. Semoga portal ini akan menjadi pemacu peningkatan kualiti perkhidmatan dan produk inovasi selaras dengan moto KMM iaitu “Karisma Maju Mulia”. 

Syabas dan tahniah kepada pihak pentadbir laman web ini yang berjaya membangunkan, mengemaskini dan memelihara laman web KMM ini.

Saya berdoa agar semua pelajar dan warga kerja KMM berjaya melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan bagi mencapai matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih.

 

 

............SISTEM BERSEPADU..........

........................E-MAIL.......................

.............MATRIX PROGRAM...........

......................HRMIS 2.0...................

.............PERPUSTAKAAN .............

..........KOLEJ MATRIKULASI..........

   

   

   

      

Joomla templates distributed by JoomlaShine