Peta Kolej
- Hits: 5652
Gabungan dua asas reka bentuk iaitu biformik dan geometri menunjukkan gabungan pendidikan informal dan formal, keseluruhannya juga mewakili keseimbangan antara rohani dan jasmani.
Lukisan secara blok heksagon KMM (huruf K dan M) menunjukkan kekukuhan dan kestabilan Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat pengajian matrikulasi dan seterusnya merupakan moto kolej iaitu "Karisma, Maju, Mulia".
Gabungan dua simbol dinamik menunjukkan suatu pergerakan yang berterusan dan membentuk suatu yang global. Ia bersesuaian dengan visi untuk mencapai pengiktirafan dunia.
Lukisan simbol yang bersentuhan menunjukkan komitmen dan kerjasama antara warga kolej untuk mencapai kejayaan.
Tulisan KMM yang mengarah ke hadapan dan ke atas menunjukkan keazaman kolej mencapai matlamat. Manakala huruf berbentuk geometri, melambangkan sains dan teknologi yang berterusan.
Baca selanjutnya: Tafsiran Logo KMM
Bahawasanya saya mengaku sebagai pelajar matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, akan patuh kepada syarat dan peraturan kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya menimba dan mendalami ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk kesejahteraan ummah.
Bahawasanya saya akan memelihara dan mempertingkatkan nama baik kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia serta akan memberi segala tumpuan kepada pelajaran saya.
Baca selanjutnya: Ikrar Pelajar Matrikulasi
Kolej Matrikulasi Melaka adalah Kolej Matrikulasi yang pertama dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya di bawah pentadbiran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang Masjid Tanah Alor Gajah Melaka telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Seramai 61orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut. Pengambilan pelajar perintis sessi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999.Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam dan swasta.
Terdapat Tiga Jabatan Akademik yang menguruskan hal ehwal akademik di Kolej. Jabatan tersebut ialah Jabatan Matematik, Jabatan Sains dan Jabatan Sastera Ikhtisas. Bagi menguruskan hal ehwal pelajar, satu jabatan baru diwujudkan bermula tahun 2007 iaitu Jabatan Pengurusan Pelajar. Di bawah jabatan ini terdapat Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Pelajar.
Program Matrikulasi yang dikendalikan oleh Kolej Matrikulasi Melaka adalah Program Matrikulasi Sains dan Program Matrikulasi Perakaunan. Jangkamasa program ini adalah selama satu tahun atau dua semester. Pengambilan program ini adalah pada bulan Mei setiap tahun. Kolej Matrikulasi Melaka juga mengendalikan Program Matrikulasi Sains Dua Tahun. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti program satu tahun.
Kerajaan
Waktu Operasi
8.30 pagi - 9.30 malam (Isnin - Jumaat)
8.30 pagi - 1.00 tengah hari ( Sabtu)
Ahad tutup
Swasta
Waktu operasi
8.00 pagi - 11.00 malam
Swasta
Waktu Operasi
8.00 pagi - 12.00 malam
Swasta
Waktu operasi
8.00 pagi - 10.00 malam
Kerajaan
Waktu operasi
24 jam (isnin - Ahad)
Baca selanjutnya: Klinik Berhampiran
Baca selanjutnya: Restoran Berhampiran
Baca selanjutnya: Penginapan Berdekatan
Baca selanjutnya: Taklimat Waris
Sila klik di sini untuk mendapatkan Panduan Pendaftaran Pelajar.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Akuan Persetujuan Ibu Bapa.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Rekod Kesihatan.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Panduan Mengisi Perjanjian Pembiayaan Pelajar.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Perjanjian Pembiayaan Pelajar.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pengesahan Pendapatan.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Elaun Murid Berkeperluan Khas
Sila klik di sini untuk mendapatkan Surat Aku Janji Pelajar
Sila klik di sini untuk mendapatkan Senarai Semak Dokumen Pelajar
Muat Turun
Muat Turun
