Skip to main content

Ikrar Pelajar Matrikulasi

Bahawasanya saya mengaku sebagai pelajar matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, akan patuh kepada syarat dan peraturan kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya menimba dan mendalami ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk kesejahteraan ummah.

Bahawasanya saya akan memelihara dan mempertingkatkan nama baik kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia serta akan memberi segala tumpuan kepada pelajaran saya.