PANDUAN LENGKAP PENDAFTARAN PELAJAR KMM SESI 2026/2027
TINDAKAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
1. MUAT TURUN DOKUMEN DI LAMAN SESAWANG BAHAGIAN MATRIKULASI KPM (BMKPM)
- Memuat turun dokumen dan mencetak daripada semua dokumen selepas klik setuju terima di laman sesawang BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA https://matrikulasi.moe.gov.my
2. MEMBUAT PENDAFTARAN DALAM TALIAN (ONLINE)
- Pendaftaran dalam talian bermula 13 Mei 2026 – 6 Jun 2026 di pautan : http://mis.kmm.matrik.edu.my/online/
- Sila bayar yuran sebelum membuat pendaftaran online
- Cetak slip pendaftaran online
- Semak tarikh dan masa daftar serta asrama
- Hadir ikut tarikh dan masa daftar anda
- Hadir ke blok asrama anda untuk membuat pendaftaran fizikal
- Penting : Hanya pelajar yang membuat pendaftaran online sahaja akan mendapat tarikh dan masa daftar serta asrama.
3. MUAT TURUN DOKUMEN DI LAMAN SESAWANG KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM)
- Memuat turun dokumen dan mencetak daripada laman sesawang KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (kmm.matrik.edu.my) iaitu ;
|
1. |
Panduan Lengkap Pendaftaran Pelajar KMM Sesi 2026/2027 |
|
|
2. |
Pelan Lalu lintas Pendaftaran |
4. PEMBAYARAN YURAN
- Bawa Surat Tawaran yang telah dimuat turun dan dicetak ke mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membuat pembayaran yuran.
- Bayar Yuran Pendaftaran secara “bank in” di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional atas nama KOLEJ MATRIKULASI MELAKA di nombor akaun : 0410029000361946 mengikut jumlah yang telah ditetapkan seperti dalam surat tawaran.
- Kaedah tambahan bayaran yuran selain daripada di kaunter BSN adalah :-
- MYBSN (Akaun Sendiri)
- MYBSN (Akaun orang lain / 3rd party)
- Online Banking (Selain MYBSN) Interbank Giro Transfer sahaja bukan DUITNOW Tranfers.
- Sila rujuk dokumen tambahan berikut untuk maklumat lanjut: Kaedah Bayaran Yuran Selain Kaunter BSN
- Sila semak kaedah bayaran yuran pendaftaran di laman sesawang KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (kmm.matrik.edu.my)
5. MUAT NAIK GAMBAR FORMAL (KAD MATRIK)
- Memuat naik Gambar Formal berwarna berukuran Passport semasa membuat pendaftaran secara dalam talian (online).
- Gambar Swafoto (Selfie) tidak dibenarkan.
6. BUKA AKAUN BANK RAKYAT (BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR (BSHP)
- Membuka akaun BANK RAKYAT untuk BSHP bagi pelajar yang layak jika belum mempunyai akaun Bank Rakyat.
- Pastikan akaun Bank Rakyat adalah AKTIF dan BUKAN AKAUN BERSAMA.
- Buat beberapa salinan untuk tujuan simpanan pelajar.
7. BORANG PERJANJIAN PEMBIAYAAN PELAJAR
- Mencetak 2 SET BORANG PERJANJIAN daripada Laman Sesawang Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. https://matrikulasi.moe.gov.my
- Melengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Matrikulasi.
- Sila semak panduan mengisi borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar dan telah dimuat turun daripada Laman Sesawang Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. https://matrikulasi.moe.gov.my.
- Sila semak Panduan Permohonan Penyeteman Dokumen Perjanjian Pelajaran Pelajar dan Panduan Pembayaran Duti Setem Secara Dalam Talian melalui FPX (Byrhasil) di https://stamps.hasil.gov.my
- Medium penyampaian maklumat rasmi kepada ibu bapa dan pelajar.
- Medium ini bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan pelajar mendapat maklumat dari pihak kolej secara terus dan mudah seperti maklumat tentang hari pendaftaran pelajar, takwim kolej, aktiviti pelajar, tarikh peperiksaan, peraturan kolej dan sebagainya.
- Sila ikuti langkah berikut untuk memuat naik aplikasi tersebut :-
- Install aplikasi Telegram dalam telefon pintar
- Cari Channel “Info Rasmi Pelajar KMM 2026/2027”
- Klik “Join” dan selesai/
- Klik pautan ini https://t.me/+aTB4UlEvpSo1ODY9 atau Imbas QR Code di bawah ini :-
9. ELAUN MURID KHAS (EMK) – JIKA BERKAITAN
- Sila muat turun Borang Elaun Murid Khas (EMK) di laman sesawang BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA https://matrikulasi.moe.gov.my
- Sila buat satu salinan dokumen berikut :-
- Kad OKU
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan no akaun yang aktif
- Serahkan kepada pihak HEP (waktu pejabat)
10. MAKLUMAT PELAJAR ANAK YATIM/ PIATU
- Pelajar yang berkenaan sila isi GF yang telah disediakan seperti di bawah ini :-https://forms.gle/udB1kbWXBermwZXw9
TINDAKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN
- Patuhi Masa Pendaftaran mengikut blok asrama yang tertera pada slip e-Pendaftaran Pelajar. Slip ini hanya boleh dicetak oleh pelajar yang telah membuat pendaftaran secara dalam talian (online) sahaja.
- Slot masa pendaftaran pelajar :-
|
8 Jun 2026 (Isnin) |
|||
|
Bil |
Masa |
Blok Asrama |
Lokasi Ambil Kunci |
|
1 |
9:00 pagi – 10:30 pagi |
A1, B1 & C4 |
Aras bawah blok A1, B1 & C4 |
|
2 |
10:30 pagi – 12:00 tengah hari |
A3 & B3 |
Aras bawah blok A3 & B3 |
|
3 |
12:00 tengah hari – 1:30 petang |
B5 |
Aras bawah blok B5 |
|
9 Jun 2026 (Selasa) |
|||
|
Bil |
Masa |
Blok Asrama |
Lokasi Ambil Kunci |
|
1 |
9:00 pagi – 10:30 pagi |
A4, B4 & C5 |
Aras bawah blok A4, B4 & C5 |
|
2 |
10:30 pagi – 12:00 tengah hari |
A2 & B2 |
Aras bawah blok A2 & B2 |
|
3 |
12:00 tengah hari – 1:30 petang |
A5 |
Aras bawah blok A5 |
- Lokasi kaunter urus setia :-
-
- Aras Bawah Blok A2
- Aras bawah Blok B5
- Perkarangan Surau Ibadurahman
- Cetak slip e-Pendaftaran dalam talian (online) dan tunjukkan semasa membuat pendaftaran.
- Letak slip e-Pendaftaran yang tertera Blok Asrama di dashboard kereta semasa masuk dalam kawasan kolej.
- Cetak dan rujuk pelan lalu lintas di kmm.matrik.edu.my semasa hari pendaftaran.
- Blok asrama adalah muktamad.
- Sila serahkan 1 salinan surat daripada pejabat zakat sebagai bukti penerima zakat semasa hari pendaftaran / di Pejabat HEP (Waktu Pejabat sahaja). – Jika berkaitan
- Gerai menjual barang kemudahan dan makanan disediakan di ruang parkir. Pelajar dan waris dijemput hadir ke tapak gerai selepas selesai membuat pendaftaran.
- Sila patuhi etika pakaian yang telah ditetapkan semasa mendaftar
ETIKA PAKAIAN PELAJAR SEMASA HARI PENDAFTARAN (LELAKI)
ETIKA PAKAIAN PELAJAR SEMASA HARI PENDAFTARAN (PEREMPUAN)