PENGIKTIRAFAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) OLEH UNIVERSITI LUAR NEGARA DI BAWAH TOP 100 QS WORLD UNIVERSITY RANKINGSTahniah diucapkan kepada Program Matrikulasi KPM!
.
Program Matrikulasi KPM telah berjaya diiktiraf oleh *50 universiti luar negara dengan 24 universiti tersenarai di bawah TOP 100 QS World University Ranking.* Bersama-sama ini, disertakan senarai 50 universiti tersebut.
Semua pelajar lepasan Program Matrikulasi KPM adalah layak untuk memohon kemasukan terus (direct entry) ke peringkat ijazah pertama ke universiti-universiti tersebut mulai pada tahun 2023 dengan melayari laman sesawang universiti-universiti tersebut.
.
Permohonan penajaan pendidikan dan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti tersebut perlu dibuat oleh pelajar secara persendirian dengan menghubungi badan-badan penaja berpotensi seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PENERAJU, Bank Negara dan lain-lain.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada pelajar yang ingin memohon universiti luar negara bagi tahun ini.
#MatrikulasiDihatiku#matrikulasipilihanpertama#menerajukejayaanmasadepan