pentadbir
3 PASUKAN KMM RANGKUL PERAK DI MATECHFEST 2025
Sekali lagi, KMM mencatatkan pencapaian membanggakan di Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan MaTechFest 2025. Ketiga-tiga pasukan KMM yang telah terpilih ke peringkat akhir telah membawa pulang pingat perak dalam pertandingan inovasi ini yang berlangsung pada 12 dan 13 April 2025 di Kolej Matrikulasi Johor. Malah, pasukan InnovateX turut diumumkan sebagai Naib Johan Reruai Terbaik!
1) Pasukan InnovateX yang dianggotai oleh Nuraisyah Syakinah binti Zulkifli, Balqis binti Mohd Taib, Nur Umairah Amani binti Kamaruzaman, Hardina binti Zulkiply dan Nur Shahirah binti Omar serta dibimbing oleh pensyarah Cik Lim Whay Chuin.
2) Pasukan Alpha Celestia yang dianggotai oleh Kriishaasree Nayar A/P Balakrishnan, Teo Hui Qi, Niervesha A/P B.Gunaseelan, Ng Qi Yuen dan Lee Ming Han serta dibimbing oleh pensyarah Pn. Siti Khairiah binti Abdollah.
3) Pasukan LOCK yang dianggotai oleh Oh Yi Fong, Ko Hui Yin, Chai Xin Tong, Ong Tee Jian dan Lim Jia Zheng serta dibimbing oleh pensyarah Pn. Hazmira Suzlin bt Ab.Hamid @ Fauzi.
Pihak kolej amat berbangga dengan semangat, kreativiti dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan KMM, baik dari para peserta mahupun pensyarah pembimbing.
Semoga inovasi yang dihasilkan dapat memberi impak positif kepada komuniti dan pendidikan. Diharapkan kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk seluruh warga KMM terus melangkah jauh dalam dunia STEM dan inovasi!